ASSALAMUALAIKUM


Rabu, 29 September 2010

TEBU MOUNTAIN CHALLENGE 2010


Tebu Mountain Challenge 2010
Date : 24 -25 September 2010
Venue : Lata Belatan, Besut, Terengganu
Organiser: Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Negeri Terengganu

TAMAN TAMADUN ISLAM (TTI)

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.

Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.