ASSALAMUALAIKUM


Sabtu, 29 Mei 2010

DAERAH MARANG

Daerah Marang terletak bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Dungun dan Hulu Terengganu. Daerah ini juga mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Antara lokasi menarik di Daerah Marang ialah:-

1)Pantai Peranginan Kelulut

2)Pantai Marang

3)Pulau Kapas



Bandar Marang


Pulau Kapas

Sungai Marang

Jumaat, 28 Mei 2010

DAERAH BESUT

Kami juga pernah mengunjungi Daerah Besut yang terletak di utara Negeri Terengganu. Antara tempat yang pernah kami kunjungi ialah Bandar Jerteh, Lata Belatan dan Kedai Satay di Jabi.

Daerah ini juga mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antaranya ialah:-
1)Masjid Hadhari Jerteh
2)Lata Belatan, Jabi
3)Lata Tembakah, Hulu Besut
4)La Hot Spring, Hulu Besut
5)Keindahan Gunu Tebu
6)Pantai Bukit Keluang
7)Pulau Perhentian
Masjid Hadhari Jerteh

Rabu, 26 Mei 2010

DAERAH SETIU

Ketika kami berumur 10 tahun kami berpindah ke Daerah Setiu kerana mengikut kedua Ibu Bapa kami bertugas di Hospital Setiu, Terengganu. Kini kami tinggal di Kampung Putera Jaya, Setiu. Kami kini bersekolah di SMK Putera Jaya.

Daerah Setiu juga mempunyai tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Antara lokasi yang menarik di daerah ini ialah:-
1-Peladang Setiu Agro Resort, Guntong
2-Pantai Peranginan Rhu 10
3-Pantai Peranginan Merang
4-Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong
5-Lata Payung
6-Lata Chakah
7-Setiu Wetland
8-Pulau Redang
Sutra Beach Resort, Merang

Terrapuri Resort, Kampung Mangkuk


Setiu Wetland, Kuala Setiu


Terengganu International Endurance Park (TIEP) Lembah Bidong


Selasa, 25 Mei 2010

DAERAH KAMI- KUALA TERENGGANU

Kami dilahirkan di Daerah Kuala Terengganu yang merupakan Ibu Negeri Terengganu. Ia juga merupakan Bandar Diraja bagi Negeri Terengganu.

Daerah kami mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi oleh anda semua.
Antara tempat menarik ialah:

1-Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man
2-Muzium Negeri Terengganu di Losong
3-Pasar Besar Payang
4-Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai
5-Pantai Batu Buruk
6-Kampung Cina
7-Dataran Syah Bandar
8-Pulau Duyong

Pasar Besar Kedai Payang
Muzium Negeri Terengganu

Pemandangan Pulau Duyong dan Pesisir Sungai Terengganu

Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai

Kampung Cina

MASJID HADHARI BANDAR JERTEH, BESUT


Masjid Hadhari Jerteh, Besut, Terengganu merupakan masjid yang terletak di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu

Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan Dewan Solat Utama, Dewan Aktiviti, Bilik Khas, Makmal Komputer dan Gerai Makan.

Kemudahan penginapan juga disediakan untuk tetamu musafir.

Lokasi masjid ini yang bersebelahan dengan sungai dengan lanskap yang menarik juga menjadikan satu daya penarik dan ikon baru Bandar Jerteh

Apa yang istimewanya masjid ini ialah kami boleh gunakan lif untuk naik ke Ruang Solat yang berada di tingkat atas


Jumaat, 21 Mei 2010


Inilah Masjid Putih.Ia berada berdekatan dengan Paya Keladi.

Selasa, 18 Mei 2010

Isnin, 17 Mei 2010





Pasar Chabang Tiga terkenal dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar.

Jumaat, 14 Mei 2010


Inilah kampung nelayan.Ia juga tertetak di Pulau Wan Man.

Selasa, 11 Mei 2010




Seperti negeri-negeri lain juga,Negeri Terengganu terkenal dengan muzium.Muzium ini sangat cantik dan tradisional.

Isnin, 10 Mei 2010

PASAR BESAR KEDAI PAYANG






















Negeri Terengganu terkenal dengan Pasar Besar Kedai Payang.Terdapat pelbagai jenis kuih-muih seperti kuih sepit,kuih rose dan banyak lagi.

Ahad, 9 Mei 2010

PANTAI BATU BURUK




Kampung kami terkenal sebagai tempat pelancongan utama di Terengganu. Keindahan pantai dan lokasi yang menarik menjadi tarikan kepada pelancong untuk melawat kampung kami.

Di sini terdapat pantai yang indah dan mendamaikan, taman rekreasi, kedai dan gerai makanan, pusat kebudayaan.

Di sini juga terdapat hotel terkenal seperti Primula Beach Resort, Permai Inn, Batu Buruk Beach Resort, dll.

Khamis, 6 Mei 2010

Isnin, 3 Mei 2010

KEISTIMEWAAN PELANCONGAN TERENGGANU - SENI KRAF KAYU


KEISTIMEWAAN PELANCONGAN TERENGGANU - BATIK DAN SONGKET





.

KEISTIMEWAAN PELANCONGAN TERENGGANU - BURUNG KUANG



KOLEKSI BURUNG KUANG TERBESAR DI MALAYSIA
Taman Burung Kuang Ajil

Burung kuang merupakan antara spesis burung yang paling cantik di dunia..Sekarang memang sukar cari burung ni sebab faktor kepupusannya..Tapi bagi anda yang berminat,datanglah ke Taman Burung Kuang Ajil di Daerah Hulu terengganu merupakan satu destinasi menarik untuk di kunjungi. Taman Burung Kuang Ajil mempunyai koleksi burung kuang yang terbesar di Malaysia dan telah pun tersenarai dalam Malaysia Book of Records.

Pemikinya Oh Huat Suwi dan anak lelakinya Siong Lai memiliki satu-satunya taman burung kuang persendirian di Malaysia dan mungkin yang terbesar di Asia Tenggara.

Taman burung seluas 0.688 hektar itu yang terletak di Ajil, sebuah pekan yang mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan dari Kuala Terengganu menghala Kuala Berang, mempunyai kira-kira 40 spesis burung kuang dan enam jenis merak yang diperolehi dari dalam dan luar negara.

Taman burung ini terletak dekat dengan Perusaharaan Sekolah Memandu (PSM) kat Ajil tempat aku ambil lesen memandu dulu.. siapa-siapa yang berminat boleh datang..kadar bayaran kanak-kanak RM 4 & dewasa RM 6..di buka setiap hari 9 am - 6 pm

KEISTIMEWAAN PELANCONGAN TERENGGANU - PANTAI



PANTAI TERPANJANG DI MALAYSIA

Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ).