ASSALAMUALAIKUM


Jumaat, 23 Julai 2010

BUMBUNG RAJA



Hutan Lipur Bumbung Raja
Hutan Lipur Bumbung Raja terletak di Kampong Pasir Raja, Ulu Dungun, Daerah Dungun yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini merupakan kawasan hutan lipur yang berhampiran dengan kawasan perkampongan. Keunikan hutan Lipur ini adalah mempunyai sungai yang luas dan sesuai untuk berakit dan berkayak. Pelbagai kemudahan di sediakan termasuk denai hutan tangga konkrit dan pondok rehat.

Selain daripada itu pengunjung boleh melakukan aktiviti di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, memancing dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.
Lokasi: Dungun, Terengganu

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel. : 09-8441404

Terletak 40 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalanraya Kuala Terengganu ke Ajil, 110 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Untuk sampai ke sini:

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Berang ataupun Pekan Ajil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan