ASSALAMUALAIKUM


Selasa, 27 Julai 2010

PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SMK PUTERA JAYA 2010 DI AGRO RESORT, SETIU

Sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada 22-14 Julai 2010 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort (PSAR). Seramai 125 ahli pelbagai unit beruniform dan 40 orang guru dan staf menjayakan perkhemahan ini. Berbagai aktiviti telah kami lalui sepanjang perkhemahan dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak PSAR. Antara akiviti yang kami lakukan ialah Flying Fox, Kembara Malam, Jungle Trekking, River Crossing, Berkayak dan aktiviti lain yang diatur oleh urusetia perkhemahan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh En. Alias Bin Husin - Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.














Sekolah kami telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada 22-14 Julai 2010 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort (PSAR). Seramai 125 ahli pelbagai unit beruniform dan 40 orang guru dan staf menjayakan perkhemahan ini. Berbagai aktiviti telah kami lalui sepanjang perkhemahan dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak PSAR. Antara akiviti yang kami lakukan ialah Flying Fox, Kembara Malam, Jungle Trekking, River Crossing, Berkayak dan aktiviti lain yang diatur oleh urusetia perkhemahan. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Setiu.

Jumaat, 23 Julai 2010

BUMBUNG RAJA



Hutan Lipur Bumbung Raja
Hutan Lipur Bumbung Raja terletak di Kampong Pasir Raja, Ulu Dungun, Daerah Dungun yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan Lipur ini merupakan kawasan hutan lipur yang berhampiran dengan kawasan perkampongan. Keunikan hutan Lipur ini adalah mempunyai sungai yang luas dan sesuai untuk berakit dan berkayak. Pelbagai kemudahan di sediakan termasuk denai hutan tangga konkrit dan pondok rehat.

Selain daripada itu pengunjung boleh melakukan aktiviti di sini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, memancing dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.
Lokasi: Dungun, Terengganu

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan,
23000 Dungun,Terengganu.
Tel. : 09-8441404

Terletak 40 km dari Bandar Al-Muktafibillah Shah melalui Jalanraya Kuala Terengganu ke Ajil, 110 km dari Bandar Kuala Terengganu.

Untuk sampai ke sini:

Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Pekan Kuala Berang ataupun Pekan Ajil.

Selasa, 13 Julai 2010

HUTAN LIPUR , AIR TERJUN DAN TASIK DI TERENGGANU

Terengganu juga memiliki banyak kawasan hutan lipur, tasik dan air terjun yang indah dan menarik. Antara tempat-tempat yang terkenal ialah:-
-Hutan Lipur Lata Tembakah, Besut

-Hutan Liput Lata Belatan, Besut

-Tasek Kenyir, Hulu Terengganu
-Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu

-Hutan Lipur Chemerong, Dungun
-Hutan Lipur Jambu Bongkok, Dungun
-Hutan Lipur Air Menderu, Kemaman

Ahad, 11 Julai 2010

PULAU-PULAU DI TERENGGANU

Terengganu mempunyai banyak pulau yang terletak di pesisir laut yang luas dan memanjang dari Besut ke Kemaman. Antara pulau-pulau yang menarik dan indah ialah:-
-Pulau Perhentian, Besut

-Pulau Lang Tengah, Setiu

-Pulau Redang, Setiu


-Pulau Kapas, Marang

-Pulau Gemia, Marang

-Pulau Tenggol, Dungun

Rabu, 7 Julai 2010

PANTAI-PANTAI YANG INDAH DI TERENGGANU

Terengganu terkenal dengan kawasan pantai yang terpanjang di Malaysia. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Antara lokasi pantai yang menarik di Terengganu ialah:-
-Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman

-Pantai Kemasik, Kemaman

-Pantai Teluk Bidara, Dungun

-Pantai Tanjung Jara, Dungun
-Pantai Rantau Abang, Dungun

-Pantai Kelulut, Marang
-Pantai Cendering, Kuala Terengganu
-Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
-Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu
-Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu
-Pantai Merang, Setiu
-Pantai Rhu 10, Setiu
-Pantai Penarik, Setiu
-Pantai Bukit Keluang, Besut

-Pantai Air Tawar, Besut

Isnin, 5 Julai 2010

MAKANAN DI TERENGGANU

Masakan/Makanan di Terengganu

1-Nasi Dagang
2-Keropok
3-Lompat Tikam

4-Laksam

5-Laksa

6-Beronok

7-Pulut Lepa/Panggang
8-Sata

9-Otak-Otak
10-Ketupat Sotong
11-Kerabu Pucuk Paku
12-Ayam Goleh
13-Rojak Kateh
14-Jala Mas
15-Sejemput
16-Puteri Mandi
17-Kueh Bengkang
18-Buah Gomok
19-Nek Bat

20-Ikan, Sotong, Ketam Celup Tepung

21-Lemang

Ahad, 4 Julai 2010

KEBUDAYAAN DAN PERMAINAN TRADISIONAL

Terengganu terkenal dengan budaya yang menarik untuk dikongsi bersama. Antara budaya dan permainan tradisonal ialah :
1-Permainan Gasing

2-Permainan Wau

3-Silat

4-Tarian Gamelan

5-Tarian Ulik Mayang

6-Tarian Anak Burung Baniong

7-Rodat

8-Dikir Barat

9-Wayang Kulit